RM500,000 untuk projek PINTAR Kota Raja, perkasa industri nanas MD2

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu

KLANG, 15 Mei -Peruntukan RM500,000 diluluskan bagi untuk pembangunan Projek Rintis Program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) Parlimen Kota Raja bagi memperkukuh industri nanas negara serta meningkatkan keterjaminan makanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Projek membangunkan usahawan tanaman nanas MD2, khususnya golongan muda dan kumpulan B40.
  • LPNM membekalkan lebih 392,000 sulur benih MD2 kepada 13 peserta program.
  • Penanaman awal memerlukan modal besar, tetapi musim kedua dan seterusnya memberi peluang keuntungan dengan penjagaan konsisten.
  • Menteri menekankan ketahanan ekonomi bumiputera, menyeru cari penyelesaian tanpa menyalahkan pihak lain, contoh isu pekerja asing di kedai gunting.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu projek itu melibatkan pembangunan usahawan tanaman nanas MD2, khususnya dalam kalangan golongan muda dan kumpulan B40.

Katanya, Lembaga Perindustrian Nenas Malaysia (LPNM) telah membekalkan lebih 392,000 sulur benih MD2 kepada 13 orang peserta.

“Pada peringkat awal penanaman, memang memerlukan modal yang agak besar bagi kerja-kerja pembersihan.

“Namun, apabila memasuki musim tanaman kedua, ketiga dan seterusnya, petani mula berpeluang mencatat keuntungan, sekiranya penjagaan tanaman dilakukan secara konsisten dan baik.” katanya kepada pemberita selepas Program Peluncuran Projek Rintis PINTAR Parlimen Kota Raja, di sini.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan ketahanan dan kelestarian ekonomi bumiputera serta menyeru agar bersama-sama mencari penyelesaian tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

“Sebagai contoh, banyak kedai gunting rambut sebelum ini menerima bantuan daripada MARA bagi melahirkan usahawan tempatan. Namun hari ini, sebahagian besar perniagaan tersebut dilihat diambil alih oleh pekerja dari luar negara, khususnya dari Madras.

“Kalau bidang itu tidak menguntungkan, sudah tentu mereka tidak sanggup datang dari luar negara semata-mata untuk bekerja dalam sektor tersebut.” katanya.