Masalah bekalan air: Melaka cadang bina tangki sementara di Kem Terendak

Foto HIASAN

KEM TERENDAK, 20 Julai – Kerajaan Negeri Melaka bercadang membina sebuah tangki air sementara di kawasan Kem Terendak sebagai langkah sementara untuk mengatasi masalah
bekalan air di dalam kem berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • SAMB akan mengusulkan pembinaan tangki sementara di Kem Terendak dalam masa terdekat.
  • Projek pembinaan dan naik taraf Sistem Retikulasi Air oleh JKR Melaka dijangka siap April 2028.
  • Kebocoran paip utama di Sungai Udang jejaskan bekalan kepada kira-kira 2,000 penduduk; 25,000 gelen dihantar sejak semalam.

Exco Kanan Negeri, Datuk Rais Yasin berkata, cadangan itu akan diusulkan oleh Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam masa terdekat.

Ketika ini, projek pembinaan dan naik taraf Sistem Retikulasi Air di kem berkenaan sedang dijalankan oleh JKR Melaka dan akan siap sepenuhnya pada April 2028.

“Kita akan membuat permohonan kepada pihak Kementerian Pertahanan melalui kerajaan negeri dan syarikat air untuk mencari lokasi yang sesuai menempatkan tangki sementara bagi menangani masalah bekalan air,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Kem Terendak.

Gangguan air yang berlaku baru-baru ini berpunca daripada kebocoran paip utama di Jalan Kampung Payasum, Sungai Udang hingga menjejaskan bekalan air kepada 2,000 penduduk di kem berkenaan.

Turut terjejas beberapa kawasan sekitar Sungai Udang.

Sebanyak 25,000 gelen air telah dihantar kepada penduduk di Kem Terendak sejak semalam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.