Isu 3R: MCMC ambil keterangan individu

Foto MCMC

CYBERJAYA, 20 Julai Seorang individu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) membabitkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

RINGKASAN BERITA AI
  • MCMC mengambil rakaman percakapan individu dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk tujuan siasatan.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda atau penjara jika sabit.
  • MCMC memandang serius penyebaran kandungan 3R yang provokatif, menghina, menghasut kebencian atau mencetuskan ketegangan awam.
  • Orang ramai dan pengguna media sosial dinasihatkan bertindak beretika, elak penyebaran hasutan, fitnah atau kandungan yang mengganggu keharmonian.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan memaklumkan, rakaman percakapan individu berkenaan diambil dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“MCMC memandang serius penyebaran kandungan berunsur 3R, khususnya yang bersifat provokatif, menghina, menghasut kebencian atau berpotensi mencetuskan ketegangan awam,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diseru agar tidak menyentuh isu 3R khususnya sepanjang tempoh berkempen pilihan raya.

Pengguna media sosial turut dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan platform digital secara beretika, berhemah dan bertanggungjawab serta mengelakkan penyebaran kandungan jelik melampau, hasutan atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian serta ketenteraman negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.