Malaysia perlu pertingkat peranan ekonomi global – PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-12 di ibu negara/ RTM

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia perlu memainkan peranan lebih berpengaruh dalam menentukan hala tuju ekonomi serantau dan global khususnya ketika berdepan perubahan aliran modal dunia yang semakin kompleks.

RINGKASAN BERITA AI
  • Asia tidak seharusnya sekadar menjadi pemain biasa; Malaysia perlu tampil lebih berkesan dan bertanggungjawab di pentas serantau dan global.
  • Prestasi ekonomi negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan, namun kerajaan mesti elak budaya selesa bagi memastikan pembaharuan berterusan.
  • Kerajaan perlu bersikap realistik dan terbuka serta memastikan dasar dan inisiatif benar-benar sampai kepada rakyat.
  • Keberkesanan skim pembiayaan mikro perlu dinilai semula selepas hanya enam peratus rakyat menerima manfaat.

Beliau berkata Asia tidak seharusnya sekadar menjadi pemain biasa dalam landskap ekonomi dunia, sebaliknya perlu tampil lebih berkesan dan bertanggungjawab di peringkat serantau serta global.

Datuk Seri Anwar berkata prestasi ekonomi semasa negara menunjukkan perkembangan memberangsangkan apabila pelbagai indikator termasuk unjuran kerajaan dan institusi perbankan adalah lebih positif berbanding jangkaan awal.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan supaya tidak terperangkap dengan budaya selesa (complacency) yang boleh menjejaskan agenda pembaharuan dan pembangunan negara.

Katanya, kerajaan perlu terus bersikap realistik dan terbuka dalam menangani cabaran ekonomi termasuk memastikan manfaat dasar serta inisiatif sampai kepada rakyat.

“Saya nak ingatkan bahawa kadang-kadang apa yang kita umum dan rancang nampak hebat, tetapi tidak semestinya benar-benar sampai kepada rakyat. Itu cabaran kita sejak dahulu, dan saya minta anggota Kabinet memastikan kedua-duanya dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuwan Malaysia MADANI (FIM) Siri Ke-12 di Securities Commission Malaysia, di sini malam ini.

Perdana Menteri turut menegaskan keperluan menilai semula keberkesanan skim pembiayaan mikro selepas mendapati hanya enam peratus rakyat menerima manfaat daripada peruntukan sedia ada.

Forum itu menghimpunkan ahli akademik, penggubal dasar dan pemain industri bagi membincangkan kedudukan Malaysia dalam perubahan landskap ekonomi dan kewangan global.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.