fb fb fb fb fb

Malaysia huni tangga ke-6, negara paling aktif beli buku secara dalam talian

LANGKAWI, 27 Mac- Malaysia berada di kedudukan keenam paling aktif bagi tabiat membeli buku secara dalam talian daripada 41 buah negara di seluruh dunia.

Hasil kajian dilakukan Picodi.com mendapati, 76 peratus rakyat Malaysia membeli sebuah buku setahun manakala 19 peratus lagi membeli buku setiap bulan.

Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya sehubungan itu mencadangkan Kementerian Seni dan Budaya MOTAC untuk menganjurkan festival buku kebangsaan sebagai platform mengembangkan lagi budaya membaca dalam kalangan generasi muda.

"Kita mencadangkan tadi supaya MOTAC memasukkan dalam agenda pelancongan dalam tempoh lima tahun ke depan supaya menganjurkan Festival Buku Langkawi di peringkat antarabangsa."

"Selain melibatkan pameran buku, kita boleh mengadakan beberapa program yang lain dalam festival buku peringkat antarabangsa itu," kata Abdul Gafar kepada pemberita RTM selepas Majlis Perasmian Festival Buku Langkawi 2022 yang disempurnakan oleh Exco Penerangan Kedah, Wan Romani Wan Salim.


(Pegawai Daerah Langkawi, Datuk Abdul Gafar Yahya ditemui media di Majlis Perasmian Festival Buku Langkawi 2022)

Kajian sama turut menujukkan rakyat Malaysia memilih untuk membaca tiga kategori utama termasuk berbentuk fiksyen, penulisan berkaitan hobi dan perniagaan.

Media Baharu