Malaysia desak Israel bebaskan segera 25 aktivis GSF 2.0

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan/Foto RTM

SELANGOR, 19 Mei – Malaysia mendesak tentera Zionis Israel membebaskan segera 25 aktivis rakyat Malaysia daripada misi Global Sumud Flotilla (GS)
2.0 yang diculik dan ditahan pihak berkuasa negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Luar menyifatkan penahanan itu tidak berasas dan bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta prinsip hak asasi manusia.
  • Kerajaan menuntut agar tahanan diberikan layanan sewajarnya dan jaminan keselamatan.
  • Malaysia menghargai bantuan Turkiye yang berjaya membawa pulang 10 rakyat Malaysia yang ditahan lebih awal.
  • Masih terdapat rakyat Malaysia dalam tahanan; kerajaan mahu mereka diberi layanan sewajarnya dan dibebaskan segera.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan tindakan menahan kumpulan aktivis berkenaan adalah tidak berasas serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia.

“Kita mendesak agar pihak rejim Zionis Israel memberikan layanan dan jaminan keselamatan yang sewajarnya kepada mereka dan membebaskan mereka dengan segera,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan Turkiye yang membantu membawa pulang 10 rakyat Malaysia yang sebelum ini turut ditahan dalam insiden sama.

“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada rakan sejawat serta kerajaan Turkiye yang berjaya membawa pulang 10 rakyat Malaysia yang ditahan lebih awal.

“Namun masih ada lagi rakyat Malaysia yang ditahan dan kita mahu mereka diberikan layanan sewajarnya serta dibebaskan segera,” katanya pada sidang media khas di Pangkalan Udara TUDM, Subang selepas pulang dari lawatan kerja ke Myanmar, di Pangkalan Udara TUDM, Subang, di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.