Majlis Berandam Surai puteri Tunku Ismail Idris

Foto Facebook Sultan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 15 Mei – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menyempurnakan Majlis Berandam Surai bagi puteri kepada Tunku Ismail Idris, Tunku Khadeeja Khayra Iskandariah Tunku Ismail di Istana Bukit Serene hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majlis diadakan bersempena kelahiran anakanda kelima dan puteri ketiga Tunku Mahkota Ismail bersama Che' Puan Mahkota Khaleeda.
  • Upacara potong jambul disertai kerabat diraja dan diiringi selawat yang diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.
  • Tunku Khadeeja Khayra Iskandariah dilahirkan 5 April di Hospital Sultanah Aminah.
  • Turut hadir: Tunku Iskandar, Tunku Idris Iskandar, Tunku Tun Aminah bersama suami dan Tunku Besar Zabedah.

Majlis diadakan bersempena dengan kelahiran anakanda kelima dan puteri ketiga Tunku Mahkota Ismail bersama Che’ Puan Mahkota Khaleeda.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Sultan Ibrahim, upacara potong jambul dimulakan Seri Paduka Baginda berdua sebelum diteruskan kerabat diraja lain sambil diiringi selawat ke atas nabi yang diketuai Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad.

Tunku Khadeeja Khayra Iskandariah selamat dilahirkan pada 5 April lalu di Hospital Sultanah Aminah.

Turut berangkat ke Majlis Berandam Surai ialah Tunku Iskandar, Tunku Idris Iskandar, Tunku Tun Aminah bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah serta Tunku Besar Zabedah.