
SENDAYAN, 15 Mei – Malaysia tidak mempertimbang sebarang permohonan pengampunan melibatkan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
- Prosiding mahkamah terhadap individu terbabit masih berjalan, oleh itu isu itu tidak timbul menurut Perdana Menteri.
- Kerajaan tidak akan mengambil pendekatan membantah secara rasmi sebarang tindakan Washington; ia adalah urusan pihak berkenaan sendiri.
- Kerajaan memaklumkan mereka tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan individu itu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bagi kerajaan Malaysia, isu itu tidak timbul memandangkan prosiding mahkamah melibatkan individu terbabit, masih berjalan.
“Tiada isu, kita tidak akan mempertimbangkan,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026.
Mengulas sama ada, kerajaan akan membantah secara rasmi sebarang tindakan Amerika berkaitan perkara itu, Datuk Seri Anwar berkata ia merupakan urusan negara berkenaan.
“Bagi pihak kerajaan, kita tidak akan mengambil pendekatan itu. Namun, sudah tentu apa jua keputusan Washington itu, urusan mereka sendiri,”jelasnya.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan tidak dimaklumkan mengenai sebarang permohonan pengampunan yang dikemukakan Jho Low.