fb fb fb fb fb

MAIWP salur bantuan RM33.4 juta kepada asnaf Labuan

Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Syed Kamarulzaman Syed Kabeer (berdiri, depan lima) menyempurnakan penyerahan bantuan pada Program Kembara Kasih Madani 2024 MAIWP di Sekolah Kebangsaan Patau-Patau hari ini/Foto BERNAMA

LABUAN, 6 Oktober – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah menyalurkan bantuan keseluruhan sebanyak RM33.4 juta kepada asnaf di Labuan.

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata, angka itu merupakan RM32.5 juta yang disalurkan melalui Bantuan Sara Hidup Bulanan dari Januari hingga September 2024.

Tambahnya, bantuan melibatkan lebih kurang 5,600 orang penerima yang berdaftar, melalui 38 skim bantuan yang termasuk bantuan bulanan, bantuan persekolahan, serta bantuan perubatan seperti kerusi roda.

“Kami komited untuk memastikan semua asnaf di Labuan mendapat sokongan yang diperlukan, termasuk bantuan kewangan dan keperluan asas," katanya selepas menyantuni golongan asnaf sempena Program Kembara Kasih MADANI 2024 MAIWP di sini hari ini.

Program Kembara Kasih MADANI kali ini melibatkan 30 buah motosikal berkuasa tinggi dan 15 buah kenderaan dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.

Pada program itu sebanyak empat lokasi persinggahan kembara bermula di Dataran Labuan, Sekolah Kebangsaan Patau-Patau, Kampung Kilan Pulau Akar dan kampung Ganggarak.

MAIWP turut menyerahkan sumbangan wang tunai dengan cek bernilai RM49, 800 di empat lokasi kembara MADANI.

Selain itu, RM854,800 telah disalurkan menerusi Bantuan Keusahawanan Asnaf dengan kerjasama INSKEN 2024.

Di Balai Raya Kg Kilan, sebanyak RM30,000 disumbangkan, manakala Taman Damai Layang-Layangan menerima bantuan minyak pelincir untuk kenderaan e-hailing kepada 130 penerima.

Penyerahan terakhir melibatkan RM30,000 kepada 100 asnaf di Balai Raya Kampung Ganggarak.

GRACE AISYAH KEDAYAN