fb fb fb fb fb

MAIM jadi penyelaras sumbangan Tabung Palestin

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman

AYER MOLEK, 28 Oktober- Orang ramai terutamnya di Melaka dinasihatkan menggunakan saluran yang betul dalam menyalurkan sumbangan ke tabung Palestin.

Menurut Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman, bagi memudahkan proses sumbangan, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dipertanggungjawabkan bagi menyelaraskan sumbangan bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

"Sumbangan dari pihak masjid boleh disalurkan kepada MAIM yang akan menyalurkan ke JAKIM.

"Saya galakkan orang ramai kalau hendak gunakan saluran bagi menyumbang, gunakanlah saluran yang betul kerana dibimbangi akan ada yang mengambil kesempatan", katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Madani Afiat dan Kembara Wellness On Wheels Peringkat Negeri Melaka di Kampung Paya Redan, di sini.

Setakat ini katanya, MAIM telah menyalurkan sebanyak RM100,000 kepada JAKIM untuk tujuan berkenaan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD