Lori terbabas di WCE, tiga cedera termasuk kanak-kanak

Tiga cedera termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori/Foto Bomba Perak

AYER TAWAR, 22 Oktober – Tiga individu termasuk seorang kanak-kanak perempuan terlibat dalam nahas jalan raya selepas sebuah lori terbabas ke bahu jalan di Kilometer 224.8 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) arah utara, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dua mangsa dewasa tersepit; seorang kanak-kanak tiga tahun dilaporkan tidak sedarkan diri.
  • Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mereka kepada KKM untuk rawatan lanjut.
  • Operasi membabitkan tujuh anggota dan sebuah jentera FRT; operasi diselesaikan pada 1.27 pagi.

Dalam kejadian itu, dua mangsa dewasa, masing-masing lelaki berusia 34 tahun dan wanita berusia 25 tahun, dilaporkan tersepit.

Manakala kanak-kanak berusia tiga tahun tidak sedarkan diri.

Menurut hantaran Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar menerima panggilan kecemasan sebelum jentera tiba di lokasi pada 1.04 pagi, dengan jarak perjalanan kira-kira 20 kilometer (km).

Pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan dan tindakan lanjut.

Operasi membabitkan tujuh anggota dengan sebuah jentera FRT.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada 1.27 pagi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.