fb fb fb fb fb

Lima taeter tradisional bakal dipentaskan sempena 30 tahun ASWARA

Dekan Pusat Seni Pentas Tradisional Putra, Rosman Ishak /Foto RTM

KUALA LUMPUR, 12 Jun-Sempena 30 tahun Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), lima teater tradisional sedang dipentaskan hingga esok.

Dekan Pusat Seni Pentas Tradisional Putra, Rosman Ishak memaklumkan, ia merupakan acara Buka Panggung bagi tahun 2024.

"Ia menampilkan 10 produksi daripada pelajar-pelajar yang terlibat dalam produksi berkenaan.

"lima teater tradisional melibatkan pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda ASWARA dan Diploma ASWARA. Kedua-dua pengajian dibawah kursus AWA iaitu wajib Akademi dalam konteks kesenian tradisional", katanya di sini.

Antara teater tradisional yang dipentaskan adalah bangsawan, Randai, Mek Mulong, Mak Yong dan Wayang Kulit.

Pementasan ini merupakan penilaian akhir dari kelas ke pentas bagi pelajar diploma dan ijazah yang mengambil kursus ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD