fb fb fb fb fb

Lima sekeluarga cemas, bumbung rumah diterbangkan ribut taufan

(Bumbung rumah yang didiami lima sekeluarga diterbangkan ribut taufan)

KUCHING, 4 April- Lima sekeluarga di Kampung Patingan di sini berdepan detik cemas apabila bumbung rumah mereka diterbangkan ribut taufan, petang Isnin.

Ketua isi rumah terbabit, Jamali Abdullah berkata, ketika kejadian dia yang masih di tempat kerja dimaklumkan oleh anaknya akan keadaan ribut yang menerbangkan lebih separuh bumbung rumahnya.

Ujarnya, bahagian dapur rumah rosak sepenuhnya dan bekalan elektrik juga terpaksa diputuskan.

Bagaimanapun, Jamali menzahirkan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kalangan ahli keluarganya.

Dalam insiden ribut itu, angin kencang selaju kira-kira lebih 100 kilometer melanda bandaraya Kuching.

Setakat ini, tiada pemindahan penduduk terjejas dilaporkan.

(Jamali Abdullah (baju biru) menunjukkan keadaan rumahnya selepas
kejadian ribut taufan)

Media Baharu