fb fb fb fb fb

Lelaki hilang ketika daki Bukit Durian

(Operasi SAR mangsa disambung pada jam 7 pagi tadi)

PAGOH, 25 November- Seorang lelaki dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 20 rakannya di kawasan Bukit Durian, di sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Penolong Pegawai Bomba, Mohd Fadli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 12.59 tengah malam.

Mohd Fadli berkata, mangsa, Goh Sang Seng, 56, mendaki bersama 20 rakannya pada pukul 7.00 malam semalam sebelum dikesan hilang.

"Rakan-rakan mangsa yang menyedari kehilangan lelaki berkenaan cuba mencarinya tetapi gagal ditemukan sebelum meminta bantuan bomba," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa disambung pada pukul 7.00 pagi tadi.

Katanya, seramai 11 anggota daripada BBP Pagoh, satu jentera FRT dan satu jentera LFRT dihantar ke tempat kejadian.

(Bomba berbincang dengan rakan mangsa di kawasan Bukit Durian)

 

Media Baharu