fb fb fb fb fb

Lebih 40,000 OKU Autisme berdaftar dengan JKM

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Seramai 48,781 Orang Kurang Upaya (OKU) Autisme dan 14,938 OKU Gangguan Hiperaktif Kurang Perhatian (ADHD) telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM ), setakat Ogos tahun ini.  

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu memaklumkan langkah ini membolehkan mereka menikmati hampir 30 kemudahan dan keistimewaan yang disediakan pihak kerajaan dan swasta.

"Kerajaan turut menyediakan program kepada OKU yang turut memberi manfaat kepada kanak-kanak Autisme dan ADHD seperti Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

"Seramai 18,957 OKU sedang menerima perkhidmatan di semua 564 buah PDK di seluruh negara sehingga Ogos 2023," katanya ketika menjawab pertanyaan wakil Batu, Prabakaran M Parameswaran di Dewan Rakyat di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu