Larian Run & Chill himpun lebih 1,400 pelajar, MBPK

Larian Run & Chill anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Laksamana

KUALA KEDAH, 13 September – Seramai 57 murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Laksamana, di sini, bersama lebih 1,400 pelajar dari beberapa sekolah sekitar menyertai Larian Run & Chill sejauh lima kilometer, merentasi beberapa kampung dan taman perumahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penyertaan MBPK membuktikan komitmen sekolah memberi peluang sama rata kepada semua murid.
  • Sekolah menekankan bahawa MBPK adalah sebahagian daripada sistem pendidikan negara.
  • Keluarga turut menyertai bersama anak dari aliran perdana dan Program Pendidikan Khas Integrasi.
  • Pengetua memberi kenyataan kepada pemberita selepas acara anjuran sekolah.

Pengetua SMK Tunku Laksamana, Noraini Othman berkata, penyertaan MBPK dalam acara berkenaan membuktikan komitmen sekolah dalam memberikan peluang sama rata kepada semua murid untuk menyertai aktiviti bersama.

“MBPK, iaitu murid berkeperluan pendidikan khas, adalah sebahagian daripada sistem pendidikan kita dan kita memberi peluang yang sama rata kepada mereka. Alhamdulillah, hari ini kita dapat melihat penyertaan mereka bersama keluarga.

“Kita dapat lihat keluarga bersama anak-anak dari SMK Tunku Laksamana, sama ada daripada aliran perdana atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), turut menyahut cabaran untuk mendapatkan mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas acara Larian Run & Chill anjuran SMK Tunku Laksamana, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.