
CHUKAI, 30 Oktober- Beberapa jalan di sekitar Kuala Kemaman, di sini akan ditutup sepenuhnya dan secara berperingkat bermula 7.00 pagi esok sempena penganjuran Ladies Fun Walk 3.0 Kemaman 2026.
- Penutupan sepenuhnya Jalan Kuala Kemaman dari Petron Geliga hingga Simpang 3 Kuala Kemaman.
- Penutupan berperingkat melibatkan Jalan Kuala Kemaman (Simpang 3 hingga Pondok Polis), Jalan Kurau, Lorong Kurau 5 dan Taman Geliga Pantai.
- Acara sejauh 6.1 kilometer pada 31 Oktober; pengguna dinasihat merancang perjalanan, patuhi arahan polis. Hubungi 09-8591999 untuk pertanyaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata penutupan jalan dari 7.00 pagi hingga 10.00 pagi itu membabitkan Jalan Kuala Kemaman, Jalan Kurau, Lorong Kurau 5 dan kawasan sekitar Taman Geliga Pantai.
Mohd. Razi berkata penutupan sepenuhnya membabitkan Jalan Kuala Kemaman dari Petron Geliga hingga Simpang 3 Kuala Kemaman.
Sementara itu, penutupan secara berperingkat akan dilaksanakan di Jalan Kuala Kemaman dari Simpang 3 Kuala Kemaman hingga Pondok Polis Kuala Kemaman, selain Jalan Kurau, Lorong Kurau 5 dan kawasan sekitar Taman Geliga Pantai.
Acara sejauh 6.1 kilometer itu dijadual berlangsung pada Sabtu, 31 Oktober.
“Pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pegawai polis bertugas dari masa ke semasa demi memastikan kelancaran lalu lintas,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman menerusi talian 09-8591999.