KSN, ucap selamat hari lahir ke-79 kepada PM

Foto FB KSN

KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar merakamkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran ke-79 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mendoakan Perdana Menteri dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pentadbiran negara.
  • Warga perkhidmatan awam berikrar menyokong aspirasi dan agenda reformasi demi rakyat dan negara.
  • Pejabat Perdana Menteri muat naik video menegaskan ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan berserah kepada Allah SWT.
  • Laman Facebook Malaysia MADANI mendoakan lindungan Allah SWT dan kekuatan untuk terus berkhidmat kepada negara.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau turut mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa dikurniakan kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan dalam menerajui pentadbiran negara.

“Insya-Allah, kami warga perkhidmatan awam akan terus teguh mendukung aspirasi dan agenda reformasi perkhidmatan awam demi rakyat dan negara,” katanya.

Ucapan sama turut dizahirkan Pejabat Perdana Menteri menerusi sebuah video yang dimuat naik di Facebook.

“Ikhtiar diteruskan, amanah ditunaikan, dan kepada Allah SWT jua kita berserah,” menurut hantaran berkenaan.

Sementara itu, laman Facebook Malaysia MADANI turut mendoakan agar Perdana Menteri sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

“Selamat ulang tahun kelahiran buat YAB PMX. Semoga terus dikurniakan kekuatan untuk menabur budi dan gigih bekerja untuk negara dan watan,” menurut hantaran itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.