fb fb fb fb fb

KPM perkukuh pelaksanaan PBS, pastikan penilaian murid menyeluruh

Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR, 6 November - Kementerian Pendidikan (KPM) terus memperkukuh pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi memastikan penilaian murid dilaksanakan secara menyeluruh merangkumi aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata, PBS telah diperkenalkan sejak 2011 di sekolah rendah dan 2012 di sekolah menengah dengan penambahbaikan berterusan seiring keperluan semasa.

"Dalam konteks pentaksiran bilik darjah, guru memantau perkembangan kemajuan dan penguasaan setiap murid sepanjang proses pembelajaran.

"KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS yang melibatkan empat komponen utama iaitu pentaksiran pusat, pentaksiran bilik darjah, pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum, serta pentaksiran psikometrik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab daripada Ahli Parlimen Putrajaya Dr. Radzi Jidin berkenaan penambahbaikan PBD dan pelaksanaan pentaksiran Ujian Akhir Sesi Akademik bagi tempoh 2023 sehingga kini.

Antara penambahbaikan termasuk pelaksanaan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) sebagai pentaksiran sumatif dalam PBS yang kini bersifat 'low stake' bagi mengurangkan tekanan terhadap murid.

Mulai sesi akademik 2024/2025, sekolah dan guru diberikan autonomi penuh dalam pelaksanaan UASA meliputi penyediaan soalan, pentadbiran, pemeriksaan serta pelaporan.

KPM turut menyediakan format pentadbiran, modul perrealiasian item dan jadual spesifikasi ujian piawai bagi membantu guru memastikan soalan selari dengan kandungan kurikulum yang ditetapkan

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI