KPKT salur lebih RM216 juta biayai 349 projek di Johor

Nga Kor Ming/RTM

JOHOR BAHRU, 25 Jun-Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyalurkan RM216.44 juta bagi melaksanakan 349 projek pembangunan di seluruh Johor tahun ini, meliputi sektor perumahan dan kemudahan awam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peruntukan melalui Program Pembangunan KPKT di bawah RMK13 untuk memperkukuh pembangunan perumahan dan kemudahan awam di Johor.
  • Matlamat memastikan rakyat Johor menikmati akses kepada perumahan berkualiti, kemudahan awam selesa dan persekitaran hidup sejahtera.
  • Pelaksanaan baik pulih, bina semula dan naik taraf prasarana awam termasuk medan selera, balai bomba, tandas BMW dan taman rekreasi MADANI.
  • KPKT jalankan Program Sentuhan Kasih 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai dan salur lebih RM1 bilion dalam tiga tahun.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata peruntukan menerusi Program Pembangunan KPKT di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) itu bertujuan memperkukuh pembangunan perumahan, kemudahan awam serta kesejahteraan rakyat di negeri berkenaan.

Beliau berkata peruntukan itu bagi memastikan rakyat Johor menikmati akses kepada perumahan berkualiti, kemudahan awam yang selesa serta persekitaran hidup lebih sejahtera.

“Kesemuanya berkaitan dengan baik pulih, bina semula ataupun menaik taraf semua prasarana awam di Negeri Johor.

“Termasuk medan selera, balai bomba, tandas BMW, taman rekreasi MADANI dan pelbagai lagi prasarana awam yang memang dekat di hati rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sentuhan Kasih KPKT 4.0 di Flat Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini hari ini.

Sebahagian besar peruntukan berkenaan disalurkan bagi pelaksanaan beberapa program perumahan termasuk Program Perumahan Rakyat (PPR), Pembangunan Perumahan Inklusif MADANI (PIM) dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Nga Kor Ming berkata usaha itu merupakan komitmen berterusan kerajaan Persekutuan menerusi KPKT dalam memperkukuh pembangunan di Johor.

Katanya, dalam tempoh tiga tahun sebelum ini, KPKT telah menyalurkan peruntukan lebih RM1 bilion kepada negeri itu bagi pelbagai projek pembangunan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.