Wanita warga emas maut kemalangan langgar lari

Wanita warga emas berusia 62 tahun maut dalam kemalangan langgar lari di kilometer (KM) 45, Jalan Sri Aman-Kuching

SRI AMAN, 5 Oktober – Seorang wanita warga emas berusia 62 tahun maut dalam kemalangan langgar lari di kilometer (KM) 45, Jalan Sri Aman-Kuching, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dipercayai sedang melintas ketika dilanggar oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
  • Polis menjalankan siasatan, meminta saksi tampil ke IPD Sri Aman; kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dipercayai sedang melintas jalan ketika dilanggar sebuah kenderaan yang masih belum dikenal pasti.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti jenis kenderaan dan pemandu yang terlibat dalam kejadian berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, polis meminta mana-mana saksi untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.