Tenaga mahir kunci kesiapsiagaan industri EV Malaysia

Gambar Hiasan / RTM

KUALA LUMPUR 5 Oktober- Peralihan industri automotif kepada kenderaan elektrik (EV) memerlukan lebih ramai tenaga mahir dan juruteknik bertauliah bagi memastikan negara mampu mengendalikan teknologi serta keperluan penyelenggaraan kenderaan generasi baharu itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kekurangan juruteknik bertauliah untuk servis dan penyelenggaraan EV perlu ditangani segera.
  • Integrasi AI, ADAS dan sistem kenderaan berhubung memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
  • Pendidikan awal di sekolah dan TVET serta penglibatan pakar industri penting untuk melahirkan tenaga pakar.

Pengamal Industri Automotif Negara dan Antarabangsa, TC Khairull Anuar Ismail berkata, perkembangan teknologi automotif kini bergerak daripada sistem konvensional kepada kenderaan hibrid dan seterusnya EV sepenuhnya.

Katanya, antara cabaran utama yang perlu diberi perhatian ialah penyediaan juruteknik bertauliah untuk kerja servis dan penyelenggaraan EV yang memerlukan kemahiran serta pengetahuan khusus.

“Adakah kita mempunyai juruteknik yang cukup dan bertauliah untuk menguruskan segala proses servis dan penyelenggaraan kereta-kereta EV di Malaysia? Kita mungkin belum ada lagi, tetapi sedang dalam proses menyediakan jumlah juruteknik yang secukupnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia, hari ini.

Perubahan itu turut menyaksikan teknologi kecerdasan buatan atau AI semakin diterapkan dalam kenderaan, khususnya bagi meningkatkan aspek keselamatan dan keupayaan kenderaan yang saling berhubung.

Menurutnya, perkembangan teknologi kenderaan turut memerlukan tenaga kerja yang mampu mengendalikan sistem lebih kompleks termasuk teknologi kecerdasan buatan (AI), sistem bantuan pemanduan termaju (ADAS) dan kenderaan yang saling berhubung.

“Pada hari ini, apa yang penting adalah kereta yang dikawal ataupun connected vehicles. Sebagai contoh, kita nak memandu dalam keadaan penuh rintangan, macam hujan lebat. Sistem seperti ADAS dan ESP kini ditambah baik dengan teknologi AI,”jelasnya.

Sementara itu, beliau menegaskan industri memerlukan lebih ramai tenaga kerja kompeten bagi menguruskan teknologi baharu yang semakin kompleks.

Dalam masa sama, antara cabaran utama industri automotif tempatan ialah penyediaan juruteknik bertauliah untuk kerja servis dan penyelenggaraan EV.

Selain tenaga mahir, kemudahan pengecasan juga perlu terus diperkasakan bagi menyokong peningkatan penggunaan EV di negara ini.

Dalam pada itu, TC Khairull berkata usaha melahirkan tenaga mahir automotif perlu dimulakan pad peringkat persekolahan dengan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai peluang kerjaya dalam industri berkenaan.

Katanya, penglibatan pakar industri untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar penting bagi menarik minat mereka menceburi bidang automotif, khususnya teknologi EV.

“Pihak sekolah perlu menanamkan minat. Kita boleh jemput pakar-pakar daripada industri untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar supaya mereka juga berjaya dalam bidang yang sama,” katanya.

Dalam pada itu, usaha melahirkan pakar automotif berkemahiran tinggi perlu dimulakan seawal peringkat sekolah, termasuk dengan memperkenalkan pelajar kepada peluang kerjaya dalam industri.

“Pihak sekolah perlu menanamkan minat. Kita boleh jemput pakar-pakar daripada industri untuk memberi motivasi dan inspirasi kepada pelajar supaya mereka juga berjaya dalam bidang yang sama.”

Langkah itu penting bagi memastikan graduan TVET bukan sekadar berperanan sebagai operator, sebaliknya mampu berkembang sebagai tenaga pakar yang memenuhi keperluan industri automotif masa depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.