KKR tetap lima kriteria utama lulus peruntukan selenggara jalan raya

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Lima kriteria utama ditetapkan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam meluluskan peruntukan bagi kerja penyelenggaraan jalan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keselamatan jalan sebagai kriteria utama menilai sama ada jalan selamat untuk pengguna.
  • Menilai tahap kerosakan jalan sebelum meluluskan peruntukan penyelenggaraan.
  • Isipadu trafik diambil kira untuk keutamaan kerja penyelenggaraan.
  • Kitaran hayat atau umur jalan menentukan keperluan pembaikan dan pemulihan.
  • Faktor bencana seperti banjir dan tanah runtuh mempengaruhi kelulusan peruntukan.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, kriteria tersebut antaranya merangkumi aspek keselamatan jalan raya, serta faktor bencana.

“Apa kriteria kita meluluskan peruntukan — pertama, dari segi keselamatan jalan itu sama ada selamat atau tidak; kedua, tahap kerosakan; ketiga, isipadu trafik; keempat, kitaran hayat atau umur jalan; dan kelima, faktor bencana seperti banjir atau tanah runtuh,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, berhubung kriteria yang ditetapkan sebelum kelulusan peruntukan bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan.