KKM jimat sehingga RM900 juta laksana polisi ubat generik

Foto Hiasan/Bernama

SEBERANG JAYA, 24 Januari – Lebih RM900 juta penjimatan berjaya dicapai Kementerian Kesihatan (KKM) dalam tempoh dua tahun pelaksanaan ‘Generic Drug First Policy’.

RINGKASAN BERITA AI
  • KKM menegaskan ubat generik selamat dan berkesan setaraf ubat inovatif.
  • Dasar "Generic Drug First" difokuskan untuk meningkatkan penggunaan ubat generik.
  • Penjimatan hasil pelaksanaan dasar dijangka terus meningkat dari tahun ke tahun.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata tahap keselamatan dan keberkesanan ubat tersebut adalah sama dengan ubat inovatif.

”Untuk pengetahuan semua, bahawa ubat generik sebenarnya selamat dan berkesan sama seperti ubat-ubatan inovatif.

”Itu yang sangat mustahak saya tekankan dan kita telah pun mula mengambil sikap untuk fokus kepadanya (ubat generik),” katanya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad

Jelas beliau lagi, penjimatan tersebut telah dilaksanakan sejak dua tahun lalu dan jumlahnya (penjimatan) akan terus meningkat.

Datuk Seri Dr. Dzulkefly berkata demikian selepas Majlis Perasmian Banggunan Baharu Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Majlis berkenaan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.