KKM, AGC perhalus aspek perundangan kes pengecualian gel nikotin

Ia bagi meneliti implikasi perundangan serta menentukan tindakan susulan yang bersesuaian/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 18 Mei – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam masa terdekat berhubung kes semakan kehakiman melibatkan aspek prosedural dalam perintah pengecualian cecair atau gel nikotin daripada senarai racun bawah Akta Racun 1952.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keputusan mencerminkan amalan semak dan imbang yang baik, menunjukkan keprihatinan rakyat, NGO dan pelbagai pihak terhadap dasar perlindungan kesihatan awam.
  • KKM dan NGO berkongsi matlamat memastikan isu keselamatan dan kesihatan rakyat terus terpelihara.
  • KKM kekal komited memperkukuh kawalan produk tembakau melalui Akta 852 untuk melindungi kanak-kanak dan golongan muda.
  • Sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan selepas proses konsultasi bersama AGC dimuktamadkan.

Ia bagi meneliti implikasi perundangan serta menentukan tindakan susulan yang bersesuaian.

Menerusi satu kenyataan, KKM menyatakan keputusan tersebut mencerminkan amalan semak dan imbang yang baik, sekali gus menunjukkan keprihatinan rakyat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai pihak terhadap dasar perlindungan kesihatan awam.

“Pihak kementerian bersama NGO mempunyai matlamat yang sama, iaitu memastikan isu keselamatan dan kesihatan rakyat terus terpelihara.

“KKM kekal komited memperkukuh kawalan terhadap produk tembakau menerusi Akta 852 dalam melindungi kesihatan rakyat, terutama kanak-kanak dan golongan muda,” menurut kenyataan itu.

Sebarang perkembangan lanjut akan diumumkan selepas proses konsultasi bersama AGC dimuktamadkan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.