Kuota Budi MADANI RON95 pemandu P Hailing ditingkatkan

Kuota Budi MADANI RON95 ditetapkan 200 liter sebulan kepada semua kenderaan/Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 17 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kenaikan kuota Budi MADANI RON95 kepada pemandu perkhidmatan penghantaran makanan, P Hailing daripada 200 liter sebulan kepada 250 liter.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri akan bawa isu kuota pemandu P Hailing ke mesyuarat minggu depan untuk membincangkan peningkatan.
  • Kerajaan utamakan kebajikan rakyat dan tidak hanya fokus kepada pengumuman projek berskala besar.
  • Kerajaan melaksanakan program membasmi kemiskinan dengan peruntukan RM15.5 bilion secara konsisten, bukan semata pada musim pilihan raya.

Perkara itu diumumkan selepas beliau meluangkan masa dengan wakil pemandu perkhidmatan tersebut pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Rakyat di PPR Taman Desa Mutiara, Johor Bahru, petang tadi.

”Saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat Selasa depan, untuk membincang bagaimana kuota bagi mereka ini dapat ditingkatkan daripada 200 liter sama seperti pengguna biasa kepada 250 liter,” katanya.

Sebelum ini, kuota Budi MADANI RON95 ditetapkan 200 liter sebulan kepada semua kenderaan termasuk perkhidmatan P Hailing.

Menurut Perdana Menteri, soal kebajikan rakyat sentiasa diutamakan kerajaan persekutuan dan fokus tidak hanya tertumpu kepada pengumuman projek berskala besar.

Termasuk, program membasmi kemiskinan yang memperuntukkan RM15.5 bilion.

Inisiatif yang dijalankan tersebut tidak hanya diumumkan pada musim Pilihan Raya, tetapi dilaksana secara konsisten.

Dalam perkembangan lain, Datuk Seri Anwar dalam pada itu mendedahkan beliau akan mengadakan pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membincangkan soal kerjasama kedua-dua parti menjelang Pilihan Raya akan datang.

Jelas beliau, walaupun UMNO telah menyatakan pendirian untuk bertanding secara sendiri, beliau masih berharap untuk ruang perbincangan diadakan.

Perdana Menteri menegaskan ketika ini, adalah menjadi keutamaan untuk terus melaksanakan inisiatif membantu kebajikan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.