
KRUBONG, 8 Ogos – Pembangunan negara perlu seimbang dengan mengambil kira lokasi tumpuan termasuk kebersihan gerai makanan.
- Pembangunan negara mesti seimbang, ambil kira lokasi tumpuan dan kebersihan gerai makanan.
- Kepentingan ekosistem dan landskap perlu diberi perhatian dalam perancangan pembangunan negara.
- Perancangan dianggap gagal jika keseimbangan antara aspek fizikal dan alam sekitar tidak diutamakan.
- Perbezaan parti antara peringkat Persekutuan dan negeri tidak harus menghalang kerjasama demi manfaat rakyat.
Justeru, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak berkaitan perlu menyediakan peruntukan khusus bagi tujuan berkenaan dengan tidak hanya tertumpu kepada projek mega.
“Kita tidak boleh ‘meremehkan’ kepentingan ekosistem yang melibatkan landskap, sebab itu saya kata dalam perancangan adalah gagal jika kita tidak dapat imbangi dengan baik,”katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Landskap Negara 2026 di Stadium Hang Jebat.
Datuk Seri Anwar pada masa sama turut memaklumkan perbezaan parti yang memerintah di peringkat kerajaan Persekutuan dan negeri tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat persahabatan yang terjalin antara kedua-dua pihak.
“Hubungan serta kerjasama yang erat itu penting bagi memastikan manfaat dapat disalurkan kepada rakyat,”jelasnya.