fb fb fb fb fb

Kes Zayn Rayyan, 48 individu dirakam percakapan

Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6 tahun

PETALING JAYA, 11 Disember- Pengamal media tidak dibenarkan berada di sekitar blok rumah kediaman mangsa kes pembunuhan, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Masuk hari kelima siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan, tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapati suasana Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai tenang setakat ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan sebelum ini mengesahkan pihaknya telah membuat pemeriksaan di rumah-rumah dan mengambil 228 sampel DNA warga penduduk sekitar termasuk sampel dari rumah kediaman keluarga mangsa semalam.

Pada masa sama, pihak polis juga telah mengambil keterangan 28 lagi individu malam tadi bagi membantu siasatan kes itu, menjadikan keseluruhan 48 individu telah dirakam percakapan setakat ini.

Zayn Rayyan, kanak-kanak autisme berusia 6 tahun, dilaporkan hilang pada Selasa lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran anak sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari kediamannya.

Artikel Berkaitan:
Pasukan Unit Forensik ambil sampel, bantu siasatan kes bunuh Zayn Rayyan
Falco dan Jimmy diguna untuk jejak bukti pembunuh Zayn Rayyan
Polis minta orang ramai henti komen kes kematian Zayn Rayyan
Zayn Rayyan cuba pertahankan diri - Mohd Shuhaily
Jenazah Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Polis sahkan kematian Zayn Rayyan ada unsur jenayah

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM