fb fb fb fb fb

Polis minta orang ramai henti komen kes kematian Zayn Rayyan

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR, 8 Disember - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemukan meninggal dunia di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataan berkata pihaknya mengesan beberapa komen dan hantaran tidak sesuai di aplikasi TikTok berhubung siasatan kes itu.

"Kes ini masih dalam siasatan jenayah oleh pihak polis dan komen-komen seperti ini bukan sahaja mewujudkan kegusaran kepada orang ramai, tetapi juga mengganggu emosi keluarga yang dalam kesedihan di atas kehilangan anak yang disayangi.

"Kita minta orang ramai memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan dan mengesan suspek,” katanya.

Sejak semalam tular tangkap layar yang dimuat naik di laman TikTok memaparkan mengenai keadaan mayat Zayn Rayyan ketika ditemukan kumpulan penduduk yang membantu operasi mencarinya.

TETITIA YUSOFF