fb fb fb fb fb

Lebih 80 warga asing terabai diselamatkan- JTKSM

Warga asing berkenaan melibatkan pekerja warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia

IPOH, 11 Disember- Seramai 86 pekerja warga asing yang diabaikan majikan diselamatkan menerusi Ops Penguatkuasaan Perburuhan Bersepadu oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) di Perak.

Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi berkata operasi dijalankan di tiga lokasi tapak pembinaan secara bersaingan iaitu di Ipoh, Tapah dan Sitiawan.

Katanya, ia melibatkan pekerja warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pekerja asing yang dibawa masuk secara sah tetapi tidak diberikan sebarang pekerjaan oleh majikan.

"Dah lebih dua minggu tidak ada pekerjaan di sini. Sebahagian telah ada kerja dan dalam masa dua minggu, mereka hanya tinggal di rumah kongsi yang ada ini. Dan kita lihat bahawa rumah kongsi yang ada ini pun tidak begitu kondusif. Tempatnya tiada kemudahan yang disediakan. Kami mendapati mereka cuma tidur beralaskan lantai dan tikar getah.

Jelas Kamal, hasil pemeriksaan turut mendapati majikan gagal mematuhi Akta Kerja 1955 serta Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Pemeriksaan itu bagi memastikan kebajikan para pekerja dan menyangkal dakwaan pihak antarabangsa bahawa negara ini mengamalkan buruh paksa.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM