Kerajaan pertimbang tambah peruntukan KPM perkasa STEM dan AI

Datuk Seri Anwar Ibrahim

IPOH, 16 Mei- Kerajaan akan terus menyemak dan mempertimbang penambahan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dari semasa ke semasa termasuk bagi memperkasa bidang digital, kecerdasan buatan (AI) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan akan menyemak semula keperluan belanjawan untuk meningkatkan perbelanjaan dan kelulusan bagi Kementerian Pendidikan.
  • Pertemuan dengan Kementerian Kewangan menekankan kepentingan pengukuhan digital, kecerdasan buatan, pengkomputeran dan pendidikan STEM.
  • Kerajaan MADANI melaksanakan naik taraf bilik guru di 3,500 sekolah dan meluluskan tambahan 3,150 guru berikutan dasar kemasukan Tahun Satu umur enam tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penambahan peruntukan itu akan diselaraskan mengikut keperluan semasa sektor pendidikan negara.

“Dalam pertemuan awal minggu ini bersama Kementerian Kewangan, kita turut bincangkan soal pendidikan apabila kita tekankan keperluan kepada digital, AI, pengkomputeran, STEM dan sebagainya.

“Kita sudah putuskan untuk menyemak semula apa-apa keperluan supaya dalam belanjawan akan datang, kita dapat tingkatkan lagi perbelanjaan dan kelulusan untuk KPM,”  kata beliau ketika berucap semasa merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata pelbagai inisiatif turut dilaksanakan Kerajaan MADANI termasuk kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf bilik guru di 3,500 sekolah seluruh negara.

Beliau berkata kerajaan turut meluluskan penambahan 3,150 guru susulan pelaksanaan dasar kemasukan murid Tahun Satu berusia enam tahun bermula sesi persekolahan 2027.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.