
KUALA LUMPUR, 22 Mei- Kerajaan memberi jaminan bekalan tenaga negara kekal stabil dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat serta sektor ekonomi.
- Perdana Menteri yakin situasi bekalan tenaga negara ketika ini berada pada tahap terkawal.
- Beliau memberi respons ringkas 'Insya-Allah cukup' selepas solat Jumaat ketika diminta mengulas jaminan bekalan.
- Kerajaan melalui kementerian berkaitan mengambil langkah proaktif memastikan keterjaminan bekalan sehingga Disember sebagai persediaan hadapi ketidaktentuan pasaran global.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan yakin situasi bekalan tenaga negara ketika ini berada pada tahap terkawal.
“Insya-Allah, cukup,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jaminan bekalan tenaga negara.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air memaklumkan kerajaan mengambil langkah proaktif bagi memastikan keterjaminan bekalan tenaga negara sehingga Disember ini.
Menurut beliau, langkah berkenaan dilaksanakan sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global yang memberi kesan terhadap rantaian ekonomi dan kos tenaga dunia.