Perlindungan keselamatan dalam talian kanak-kanak diperkukuh

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri/RTM

PUTRAJAYA, 22 Mei Perlindungan keselamatan dalam talian melibatkan kanak-kanak akan diperkukuh menerusi pindaan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian (ONSA) 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pindaan undang-undang dibincang susulan peningkatan jenayah seksual digital terhadap kanak-kanak.
  • Cadangan mewujudkan daftar khas untuk pesalah jenayah seksual digital sedang dikaji.
  • Perbincangan antara kementerian diteruskan; tiada keputusan muktamad kerana prosedur perlu diteliti.
  • Lebih 1.47 juta fail CSAM dikesan menerusi empat operasi dari 2024 hingga April, membimbangkan pihak berkuasa.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pindaan itu dibuat susulan peningkatan jenayah seksual digital membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Kita akan membuat pindaan khususnya berkaitan keselamatan dalam talian melibatkan kanak-kanak di bawah ONSA 2025. Selain itu, kami juga sedang berusaha mewujudkan satu daftar khas bagi individu yang terlibat dalam jenayah ini, namun ia bukan sesuatu yang mudah.

“Perbincangan telah diadakan bersama beberapa kementerian, namun setakat ini masih belum ada keputusan yang benar-benar dimuktamadkan kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu diteliti. Bagaimanapun, usaha itu masih diteruskan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program “A Journey of Malaysia’s Participation under the Convention on the Rights of the Child,” di sini hari ini.

Datuk Seri Nancy juga turut menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan bahan eksplotasi seksual kanak-kanak (CSAM).

Terdahulu, media melaporkan lebih 1.47 juta fail digital berkaitan CSAM dikesan menerusi empat operasi utama yang dijalankan dari tahun 2024 hingga April tahun ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.