Kerajaan imbangi kedudukan fiskal dan pembangunan jangka panjang

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Foto/Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Oktober – Kerajaan perlu mengimbangi usaha memperkukuh kedudukan fiskal negara dengan keperluan melindungi kebajikan rakyat serta memastikan kesinambungan pembangunan jangka panjang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keupayaan fiskal negara bergantung kepada pendapatan dan hasil yang dijana melalui pertumbuhan serta pengurusan ekonomi yang cekap.
  • Peruntukan pembangunan sebanyak RM83 bilion menunjukkan masih ada ruang untuk meneruskan agenda pembangunan meskipun berdepan kekangan fiskal.
  • Kerajaan perlu seimbangkan pengukuhan kewangan dengan perlindungan kebajikan rakyat, termasuk subsidi, dan utamakan projek berimpak jangka panjang.

Menurut Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, keupayaan fiskal negara bergantung kepada pendapatan dan hasil yang mampu dijana menerusi pertumbuhan serta pengurusan ekonomi yang berkesan.

Menurutnya, peruntukan pembangunan sebanyak RM83 bilion menunjukkan masih terdapat ruang untuk meneruskan agenda pembangunan negara meskipun berdepan kekangan fiskal.

“Justeru, dalam menguruskan kedudukan fiskal negara, kerajaan perlu mengimbangi usaha memperkukuh kewangan negara dengan memastikan perlindungan kepada rakyat, khususnya melalui pemberian subsidi, terus terpelihara.

“Pada masa sama, pembangunan yang memberikan impak signifikan kepada masa depan negara perlu terus diberi keutamaan bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi yang mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.