Salah guna kedudukan: Penjawat awam ditahan SPRM Kedah


LANGKAWI, 12 Oktober – Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan untuk membekalkan barangan dan perkhidmatan berjumlah kira-kira RM30,000 sempena kejohanan sukan bertaraf antarabangsa di sebuah pulau di negeri ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek wanita lingkungan 40-an ditahan kira-kira 4 petang semalam ketika memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan.
  • Siasatan awal mendapati perbuatan disyaki berlaku pada 2023.
  • Suspek didakwa mencadangkan dua syarikat sama milik seorang individu.
  • Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan; kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek wanita berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira pada 4 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Langkawi.

Siasatan awal mendapati, suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2023 dengan mencadangkan dua syarikat sama milik seorang individu, yang dipercayai suspek mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat tersebut.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.