fb fb fb fb fb

Keputusan Speaker terhadap bekas enam Ahli Parlimen Bersatu ikut Perlembagaan Persekutuan

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA NERUS, 13 Julai-Keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengekalkan kerusi bekas enam Ahli Parlimen BERSATU adalah suatu keputusan yang dibuat mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, situasi yang berlaku terhadap Bersatu itu berbeza dengan Perlembagaan UMNO yang menghalang ahli Parlimen parti itu mengubah sokongan.

"Kita tahu bahawa situasi itu berbeza dgn kedudukan ahli-ahli parlimen BN kerana ahli-ahli parlimen menandatangani tiga dokumen sebelum menerima watikah menjadi calon, dan jika mereka keluar daripada parti mereka perlu bayar RM100 juta.

Ia dilakukan sebelum mereka kemukakan kertas pencalonan. Berbeza dengan situasi Bersatu, pindaan parti dibuat iaitu enam ahli parlimen menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri", kata Zahid.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, Terengganu.

Pada 10 Julai lalu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu menerima surat daripada Johari pada lewat petang 9 Julai yang menyatakan tidak berlaku kekosongan di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk enam kerusi Parlimen bekas ahli Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Enam Ahli Parlimen yang terkait dengan isu terlibat adalah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD