fb fb fb fb fb

Kemuka tuntutan palsu, bekas pengerusi NGO bergelar Datuk antara ditahan SPRM

JOHOR BAHRU, 9 Januari- Seorang bekas pengerusi dan seorang bekas bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor, malam tadi.

Mereka disyaki mengemukakan tuntutan palsu kepada sebuah jabatan kerajaan berjumlah lebih RM11,000, dua tahun lepas.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias mengesahkan kedua-dua penahanan itu.

"Bekas pengerusi NGO bergelar Datuk, berusia 47 tahun, manakala bekas bendaharinya pula berusia 43 tahun, ditahan di Pejabat SPRM Johor, antara pukul 8.30 malam hingga pukul 9.30 malam selepas hadir memberi keterangan," katanya ketika dihubungi pemberita melalui panggilan telefon.


(Foto BERNAMA)

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Media Baharu