Kemerdekaan sebenar bebaskan rakyat daripada kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di IPG Kampus Tuanku Bainun / Foto RTM.

BUKIT MERTAJAM, 28 Ogos – Semangat kemerdekaan sebenar turut memikul tanggungjawab membebaskan rakyat daripada kemiskinan menerusi akses pendidikan berkualiti dan menyeluruh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Akses pendidikan merangkumi kebebasan berfikir dan peluang saksama untuk semua lapisan masyarakat.
  • Jiwa juga mesti merdeka; kerajaan bekerja keras mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.
  • Pendidikan menyeluruh disediakan untuk semua kaum, daerah, desa, pedalaman dan luar bandar.
  • Miskin bandar mesti diberi pendidikan berkualiti; demokrasi bermakna akses pendidikan yang sama rata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata askes pendidikan itu antaranya merangkumi kebebasan berfikir serta peluang pendidikan yang saksama kepada semua lapisan masyarakat.

“Bukan sahaja negara harus merdeka malah, jiwa juga harus merdeka. Disebabkan itu kita bekerja keras mengeluarkan rakyat daripada kemiskinan.

“Ia menerusi peluang pendidikan yang menyeluruh buat semua kaum, daerah, golongan miskin dan kaya, desa, pedalaman dan luar bandar. Miskin bandar mesti diberi ruang pendidikan berkualiti. Demokrasi adalah memberi akses pendidikan berkualiti,” katanya.

Mengulas lanjut Datuk Seri Anwar menjelaskan bahawa pendidikan tidak seharusnya berorientasikan pencapaian akademik semata-mata sebaliknya, perlu membentuk generasi berilmu, beradab dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

“Pendidikan ini harus mencungkil batas, beri ruang kepada anak-anak mengemukakan dengan tegas dan berani.

“Mereka mesti bersedia menyaring maklumat dan berfikir dengan kritis,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Temu Anwar sempena Ambang Merdeka Sahabat Madani di Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.