fb fb fb fb fb

Keadaan terkini di Asia Barat dipantau, keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia jadi keutamaan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

KUALA LUMPUR, 14 April- Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan bekerjasama rapat dengan agensi Kerajaan seperti Wisma Putra, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) termasuk Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji dan umrah Malaysia terjamin berikutan perkembangan semasa di Asia Barat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan setakat ini, Tabung Haji masih meneruskan persiapan bagi Musim Haji 2024 seperti yang dirancang.

"Semua pihak adalah dimohon untuk terus bertenang serta sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memantau situasi terkini di Asia Barat susulan serangan balas Iran terhadap Israel semalam.

"Serangan balas itu sudah tentu meningkatkan ketegangan yang sudah pun berlarutan sejak lebih tujuh bulan lalu akibat kedegilan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa,"katanya dalam kenyataan tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE