fb fb fb fb fb

Kampung Melayu Air Itam bakal sifar miskin tegar

engerusi Pertubuhan hijrah Madani Kampung Melayu, Datuk Seri Salim Abdul Rahman

GEORGETOWN, 15 April- Kerjasama yang dijalinkan oleh beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Yayasan Global Mesra Sdn Bhd, Pertubuhan Hijrah Madani, Kampung Madani, dan agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) Pulau Pinang bakal mengubah Kampung Melayu,Air Itam kepada sifar miskin tegar dalam masa terdekat.

Menurut Pengerusi Pertubuhan hijrah Madani Kampung Melayu, Datuk Seri Salim Abdul Rahman, sasaran kerajaan negeri Pulau Pinang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menghapuskan kes miskin tegar 100% menjelang bulan Jun 2024, semakin realistik dengan pelbagai kerangka untuk membantu golongan miskin tegar keluar daripada kepompong kemiskinan.

"Tiada miskin tegar di Kampung Melayu. Semuanya kita bantu.

"Contohnya kesusahan dari segi bil elektrik. Ada yang tiada kemampuan dari segi air. Kita sediakan pejabat bagi menerima aduan para penduduk", katanya demikian kepada pemberita selepas sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kampung Melayu di sini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak serta Adun Air Putih yang juga mantan Ketua Menteri , Lim Guan Eng.

Seramai 15,000 orang hadir dalam majlis tersebut yang akan diadakan setiap tahun.

Ia merupakan temasya yang dinantikan penduduk kampung yang dapat merasai pembaharuan yang dibawa sebuah pertubuhan dan syarikat swasta dengan kerjasama JKM Pulau Pinang.

Berkat kerjasama ketiga -tiga pihak itu membuka peluang pekerjaan , pendidikan dan perniagaan kepada semua lapisan masyarakat.

Selain itu Yayasan Global Mesra Sdn Bhd akan mengedarkan hampir 200,000 bakul Rahmah kepada penerima di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD