fb fb fb fb fb

Kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.6%

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Prestasi pasaran buruh pada bulan Disember 2022 kekal teguh, sejajar dengan ekonomi yang berkembang dan bilangan guna tenaga yang lebih tinggi.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pengangguran di Malaysia kekal rendah pada 3.6% pada bulan berkenaan.

Bilangan penganggur turun kepada 599,600 orang berbanding 600,900 bulan sebelumnya,

Manakala bilangan tenaga buruh kekal stabil dengan peningkatan 0.1% kepada 16.73 juta orang.

Kadar penyertaan tenaga buruh pula kekal seperti bulan sebelumnya, pada 69.8%.

Bilangan penduduk bekerja kekal pada trend positif dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.1% kepada 16.13 juta orang berbanding 16.11 juta orang pada November.

Sektor perkhidmatan terus mencatat pertumbuhan positif dalam guna tenaga, terutamanya dalam perdagangan borong dan runcit, aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.

(Foto hiasan)

Media Baharu