Johor lancar JETP, perkukuh agenda Maju Johor 2030

Pelancaran Pelan Transformasi Ekonomi Negeri Johor (JETP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada/ BERNAMA

JOHOR BAHRU, 18 Jun – Kerajaan Johor melancarkan Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP ) sebagai pemangkin utama dalam memperkukuh agenda Maju Johor 2030, sekali gus mempercepat pembangunan ekonomi negeri secara mampan dan inklusif.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelan strategik JETP dijangka menjadi panduan bagi pertumbuhan ekonomi menyeluruh dan memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.
  • Johor merekodkan hasil negeri tertinggi RM2.67 bilion tahun lalu, menunjukkan momentum ekonomi kukuh dan kemampuan memulangkan hasil kepada rakyat.
  • Pembangunan akan melibatkan semua daerah bagi pengagihan manfaat adil; sokongan rakyat diperlukan untuk merealisasikan sasaran JETP menjelang 2030.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelan strategik itu akan menjadi panduan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang lebih menyeluruh serta memberi manfaat kepada seluruh Bangsa Johor.

Beliau berkata Johor kini berada pada landasan yang kukuh susulan pelbagai pencapaian memberangsangkan termasuk merekodkan hasil negeri tertinggi dalam sejarah berjumlah RM2.67 bilion tahun lalu.

“Ekonomi Johor berada dalam landasan yang baik. Jadi alhamdulillah, disebabkan itu hasil negeri pun meningkat dan ia dipulangkan kembali kepada Bangsa Johor. Sama ada kita dapat meneruskan momentum yang baik banyak bergantung kepada satu keputusan yang besar, keputusan besar yang Bangsa Johor perlu buat pada 11 Julai”, katanya.

Tambahnya, kejayaan menarik pelaburan bernilai tinggi turut membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan dan potensi ekonomi Johor

Beliau berkata, pembangunan negeri tidak hanya tertumpu di kawasan tertentu, sebaliknya melibatkan semua daerah bagi memastikan manfaat pertumbuhan ekonomi dapat dirasai secara adil dan saksama.

Jelasnya, kesinambungan sokongan rakyat amat penting bagi memastikan segala sasaran yang digariskan dalam JETP dapat direalisasikan sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran JETP di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di Johor Bahru, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.