Pemimpin komuniti perlu aktif laksana program di peringkat kampung

Pertemuan bersama AJK JPKKP Kampung Bukit Kura

PADANG TERAP, 18 Jun – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) perlu lebih aktif dan progresif melaksanakan program dan aktiviti di peringkat komuniti masing-masing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pastikan komuniti sentiasa produktif dan cegah gejala negatif terutama melibatkan golongan muda, remaja dan kanak-kanak.
  • Laksanakan aktiviti sihat yang mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat.
  • Rancang program berskala kecil tetapi memberi impak besar seperti sukan, pendidikan, kerohanian, kebajikan dan keusahawanan.
  • Perkukuh peranan JPKKP sebagai penghubung berkesan antara rakyat di peringkat akar umbi dan kerajaan.

Pengarah Ghazali Shafie Executive Enhancement Programme (GSEEP), Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, langkah itu bertujuan memastikan komuniti sentiasa produktif dan mengelakkan berlakunya gejala negatif terutama melibatkan golongan muda, remaja dan kanak-kanak.

“Aktiviti tersebut bukan sahaja menyihatkan tubuh badan, tetapi juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) JPKKP Kampung Bukit Kura, Pedu disini.

Mesyuarat tersebut bagi merangka pelbagai program boleh dilaksanakan di peringkat komuniti sama ada dalam skala yang kecil tetapi memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Ia termasuk aktiviti sukan, sukan tradisional, aktiviti bercorak pendidikan, kemasyarakatan, kerohanian dan kebajikan serta keusahawanan.

JPKKP merupakan penghubung yang sangat berkesan antara rakyat di peringkat akar umbi dan kerajaan kerana berada lebih dekat dengan rakyat dan memahami situasi di kawasan masing-masing.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.