
KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Tiga kawasan di Sarawak iaitu Serian, Samarahan dan Kuching merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat pukul 12 tengah hari ini dengan masing-masing mencatatkan bacaan IPU melebihi 300.
- Sri Aman rekod bacaan sangat tidak sihat (228); 12 kawasan lain catat bacaan tidak sihat antara 156 hingga 197.
- Beberapa lokasi lain menunjukkan bacaan tidak sihat termasuk Batu Muda KL (152), Johan Setia (152), Labuan (125), Politeknik Kota Kinabalu (109).
- ASEAN ASMC dan imej satelit NOAA mengesan 18 titik panas di Sumatera dan 13 titik panas dalam negara, termasuk sembilan di Sarawak.
- Pelan Tindakan Jerebu: aktifkan Jawatankuasa jika IPU >150 selama >24 jam; hentikan aktiviti luar jika IPU >100; tutup sekolah jika IPU >200.
Berdasarkan data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Serian mencatatkan bacaan mencecah 399 diikuti Samarahan (332) dan Kuching (302).
Dalam pada itu, Sri Aman juga merekodkan bacaan sangat tidak sihat iaitu 228 manakala 12 lagi kawasan termasuk lapan kawasan di Sarawak termasuk Sarikei, Sibu, Bintulu, Mukah, Samalaju, Kapit, Miri dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu di antara 156 hingga 197.
Empat lagi kawasan dengan ba
Bacaan tidak sihat dicatatkan termasuk Batu Muda, Kuala Lumpur dengan bacaan 152 diikuti, Johan Setia, Selangor (152), Labuan (125) dan Politeknik Kota Kinabalu (109).
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Alam Sekitar, Azuri Azizah Saedon berkata,berdasarkan laporan ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), imej satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20, terdapat 18 titik panas dikesan di Sumatera, 13 titik panas di dalam negara iaitu masing-masing dua di Perak dan Sabah selain sembilan di Sarawak.
Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh ASEAN ASMC, pada 29 Ogos menunjukkan cuaca kering berterusan di kebanyakan kawasan di rantau ASEAN selatan, kecuali hujan yang berlaku terutamanya di bahagian utara Sumatera dan Semenanjung Malaysia.
“Melalui Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan sentiasa memantau kualiti udara dari semasa ke semasa dan tindakan yang akan diambil sekiranya keadaan bertambah teruk termasuk pengaktifan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di setiap peringkat jika bacaan IPU melebihi 150 bagi tempoh lebih 24 jam selain menghentikan semua aktiviti di luar bilik darjah apabila bacaan IPU melebihi 100.
“Sekolah, tadika dan taska ditutup serta-merta apabila bacaan IPU melebihi 200 dan bagi tujuan itu, pihak berkenaan perlu memastikan jika trend bacaan menunjukkan peningkatan ke arah 200 persediaan perlu dilaksanakan untuk menutup premis,” katanya dalam kenyataan.