Eksplorasi Warisan KL Edisi Merdeka 2026 semarak semangat patriotisme

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Seramai 300 peserta menyertai Eksplorasi Warisan Kuala Lumpur (KL) Edisi Merdeka 2026 yang menyusuri pelbagai lokasi bersejarah di sekitar ibu negara, dengan laluan bermula dari Stadium Merdeka hingga ke Dataran Merdeka.

RINGKASAN BERITA AI
  • Eksplorasi interaktif sempena Bulan Kebangsaan memberi peluang mendalami sejarah dan warisan Kuala Lumpur secara lebih dekat.
  • Matlamat program tingkatkan penghargaan terhadap warisan hidup termasuk bangunan, komuniti, budaya dan tradisi.
  • Penekanan kerjasama berpasukan dan pengutamaan aspek keselamatan sepanjang aktiviti.
  • Penghargaan kepada penganjur utama dan rakan strategik; program memupuk jati diri, perpaduan dan semangat patriotisme.

Eksplorasi berkenaan merupakan antara pendekatan interaktif sempena sambutan Bulan Kebangsaan yang memberi peluang kepada masyarakat mendekati serta menghayati sejarah dan warisan Kuala Lumpur secara lebih dekat.

Pelepasan peserta program berkenaan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Korporat dan Penasihat Undang-Undang Am Khazanah Nasional Berhad, Datuk Mohamed Nasri Sallehuddin, yang juga Wakil Sekretariat Bersama Warisan KL, di Stadium Merdeka, di sini.

Beliau berkata penganjuran program berkenaan bukan sekadar pertandingan, sebaliknya satu pengalaman pembelajaran yang penuh bermakna dalam meningkatkan penghayatan masyarakat terhadap sejarah dan warisan negara.

Menurut beliau, antara objektif eksplorasi itu adalah untuk meningkatkan penghargaan masyarakat terhadap warisan hidup yang merangkumi bangunan, komuniti, budaya dan tradisi, selain memupuk semangat perpaduan serta kenegaraan.

“Laluan bermula daripada Stadium Merdeka ini hingga ke Dataran Merdeka melambangkan perjalanan sejarah negara serta mengingatkan kita pada warisan hidup melalui bangunan, komuniti, budaya dan tradisi yang amat dihargai,” katanya ketika berucap merasmikan acara berkenaan disini.

Sehubungan itu, Nasri mengingatkan peserta supaya bekerjasama sebagai satu pasukan dan sentiasa mengutamakan aspek keselamatan sepanjang aktiviti berlangsung.

“Kepada para peserta, nikmatilah pengalaman ini, bekerjasama sebagai satu pasukan dan utamakan keselamatan kerana Itu yang paling penting.

“Semoga program ini meningkatkan penghargaan kita terhadap warisan, perpaduan dan semangat kenegaraan,” katanya

Beliau pada masa sama merakamkan penghargaan kepada penganjur utama termasuk PNB Merdeka Ventures yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta rakan-rakan strategik lain. .

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penganjur utama termasuk PNB Merdeka Ventures yang diterajui Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Izwan Hasli Mohd Ibrahim, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta rakan strategik lain atas sokongan dalam menjayakan program berkenaan.

Penganjuran Eksplorasi Warisan KL Edisi Merdeka 2026 membuktikan bahawa pendekatan interaktif terhadap sejarah dan warisan mampu menjadi medium untuk memperkukuh jati diri, perpaduan dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.