Malaysia Marathon 2026 catat penyertaan 25,000 peserta

Foto Facebook Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Malaysia Marathon 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 25,000 peserta tempatan dan antarabangsa yang diadakan di ibu negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penganjuran julung kali menerima sambutan menggalakkan dan acara berjalan lancar, menurut Presiden Malaysia Marathon.
  • Laluan 42 km bermula di Pavilion dan berakhir di KLCC, mendapat pengiktirafan pengukuran AIMS dan World Athletics.
  • Tiada peserta berjaya memecah rekod kebangsaan; hadiah RM50,000 akan dibawa ke penganjuran tahun hadapan.
  • Penganjuran tahun hadapan dirancang selama dua hari, kekal pada bulan kemerdekaan dan pertimbangkan laluan alternatif untuk catat masa terbaik.

Presiden Malaysia Marathon, Eddy Casmady berkata penganjuran julung kali itu menerima sambutan menggalakkan serta berjalan lancar.

Tambah beliau, kelainan Malaysia Marathon 2026 menampilkan laluan larian sepanjang 42 kilometer (km) yang bermula di Pavilion Kuala Lumpur dan berakhir di KLCC.

Bagaimanapun katanya, tiada peserta berjaya memecahkan rekod kebangsaan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 pada penganjuran kali ini.

“Tahun ini tiada peserta berjaya pecah rekod 42 km ini jadi, kita akan bawa wang RM50,000 ini ke penganjuran tahun hadapan.

“Selepas ini, ia bukan lagi rekod kebangsaan tetapi rekod Malaysia Marathon 2026. Justeru, sesiapa sahaja yang berjaya memecahkan rekod itu, akan dapat hadiah berkenaan. Ini menjadi antara daya tarikan kepada peserta tempatan sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pelepasan larian bagi kategori lima km di KLCC, di sini.

Sebelum ini, laluan larian 42 km itu telah menerima pengiktirafan pengukuran daripada Persatuan Maraton dan Perlumbaan Jarak Jauh Antarabangsa serta Olahraga Dunia.

Malaysia Marathon 2026 membuka penyertaan bagi empat kategori iaitu 42km, 21km, 10km dan 5km.

Menurut Eddy, penganjuran tahun hadapan dirancang diadakan selama dua hari bagi menarik lebih ramai penyertaan selain, mengekalkan pada bulan kemerdekaan.

Pada masa sama katanya, pihaknya turut mempertimbang menyediakan laluan larian alternatif bagi memudahkan peserta mencatat rekod masa terbaik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.