
Kota Kinabalu, 1 September – Beberapa kawasan di Sabah termasuk Tawau, Semporna dan Kota Kinabalu mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU), pada tahap tidak sihat.
- Kurangkan, tangguh atau pindahkan aktiviti berintensiti tinggi di luar ke lokasi tertutup jika kualiti udara terjejas.
- Persatuan sukan, jurulatih dan penganjur perlu memantau bacaan IPU sebelum mengadakan sebarang aktiviti luar.
- Elakkan pembakaran terbuka, individu berpenyakit pernafasan utamakan kesihatan. Kerajaan negeri terus memantau, rondaan dan penguatkuasaan.
Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, aktiviti berintensiti tinggi di kawasan terbuka wajar dikurangkan, ditangguhkan atau dipindahkan ke lokasi tertutup sekiranya keadaan tidak mengizinkan.
Sementara persatuan sukan, badan berkaitan termasuk jurulatih serta penganjur program, perlu memantau bacaan IPU sebelum menjalankan sebarang aktiviti luar.
Beliau turut mengingatkan, orang ramai terutama individu yang mempunyai masalah kesihatan atau pernafasan mengutamakan kesihatan dengan mengurangkan aktiviti fizikal dan aktiviti di luar rumah.
Selain itu, masyarakat juga diseru untuk tidak melakukan pembakaran terbuka yang berpotensi memburukkan lagi kualiti udara.
Kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan terus memantau perkembangan jerebu termasuk aspek pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan.