Jenazah Tun Dr Siti Hasmah dikebumi di Pusara Negara

Foto BERNAMA

SERI KEMBANGAN, 28 September — Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali akan dikebumikan di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, bersebelahan pusara Allahyarham, Tun Endon Mahmood.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semua stesen radio dan televisyen diarahkan menyesuaikan rencana serta rancangan sebagai penghormatan kepada Allahyarham sepanjang hari.
  • Datuk Seri Fahmi berkongsi kenangan peribadi melihat Allahyarham ketika beliau berusia 12 tahun dalam pementasan sekolah.
  • Tun Dr Siti Hasmah dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada pagi ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, keputusan itu dibuat pihak keluarga Allahyarham dan telah dimaklumkan kepadanya.

Menurut beliau, sebagai tanda penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarham, semua stesen radio dan televisyen turut diarahkan menyesuaikan rencana serta rancangan masing-masing sepanjang hari ini.

“Saya juga telah mengarahkan supaya semua stesen radio dan TV untuk memastikan penghormatan diberikan dengan mengubah suai rencana dan rancangan-rancangan program TV dan radio sepanjang hari ini, dan diubah suai untuk disesuaikan dengan penghormatan yang kita berikan buat Allahyarham,” katanya.

Dalam masa sama, Datuk Seri Fahmi turut berkongsi kenangan peribadinya bersama Allahyarham, termasuk ketika beliau berusia 12 tahun dan masih bersekolah rendah.

“Saya pernah terlibat dalam satu pementasan teater bersama rakan-rakan di sekolah yang disaksikan Tun Dr Siti Hasmah.

“Kenangan berkenaan kembali diingatinya selepas seorang bekas guru yang juga wartawan menulis mengenainya beberapa tahun lalu,” katanya.

Beliau menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai ketentuan Ilahi, selain menegaskan jasa beliau sebagai seorang ibu dan doktor akan sentiasa dikenang.

“Allahyarham sememangnya membawa makna besar kepada ramai pihak dan pemergiannya amat dirasai,” katanya.

Terdahulu, Tun Dr Siti Hasmah dilaporkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, pagi tadi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.