fb fb fb fb fb

JAKIM anjur seminar pengukuhan nilai dari perspektif Maqasid Syariah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR, 29 Februari - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama International Institute of Islamic Thought and Civilisation (ISTAC-IIUM) dan Maqasid Institute Malaysia (MIM) telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Nilai daripada Perspektif Maqasid Syariah ke arah Kemampanan Tadbir Urus merupakan salah satu program yang dirancang dalam melaksanakan Inisiatif Pembangunan Nilai-MADANI.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan pemahaman ilmu diantara para ilmuan dan pembuat dasar, berkaitan pengaplikasian Maqasid Syariah dalam penggubalan polisi dan tadbir urus negara.

"Kita usahakan ini pelbagai seminar yang kita adakan, ini adalah sebahagian daripada usaha yang kita buat sebab kalau kita tidak adakan seminar sebegini ramai diluar sana sama ada yang ada dalam kementerian-kementerian, mereka ini tidak faham apa itu Maqasid Syariah, jadi sudah tentu forum seminar sebegini diadakan untuk memberikan kefahaman ramai saya percaya diluar sana mendengar perkataan maqasid ini tapi dia tak tahu maqasid tu apa maksudnya,  jadi sebab itu saya katakan seminar ini adalah sebahagian daripada usaha yang kita buat," kata Mohd Na’im, di sini.

Tambahnya,  insiatif tersebut meliputi program-program merentas kementerian dan agensi di peringkat Persekutuan dan Negeri.

Pada masa sama, bagi memastikan kesediaan kementerian terhadap Indeks Maqasid Syariah, JAKIM turut membangunkan e-Book Modul Minda Maqasid dengan penglibatan pelbagai pihak menerusi beberapa siri program bersemuka dan libat urus.

E-Book tersebut akan menekankan prinsip Maqasid Syariah untuk pengukuhan nilai yang perlu diterapkan dalam penggubalan polisi dan dasar negara.

TETITIA YUSOFF