fb fb fb fb fb

IWK banyak ruang, peluang untuk kejayaan besar dalam inovasi perkhidmatan, produk

Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR, 30 Mei- Indah Water Konsortium (IWK) mempunyai lebih banyak ruang dan peluang untuk kejayaan lebih besar dalam menginovasikan perkhidmatan dan produknya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ruang dan peluang tersebut bukan sahaja dari segi perniagaan terasnya, tetapi juga dari segi penghasilan sampingannya.

"Sekarang ni mereka sudah mencipta tenaga sampingan. Daripada biogas, menciptakan baja dan seterusnya merawat air yang akhirnya dapat digunakan oleh pihak industri, bukan untuk minuman.

"Tetapi tidak mustahil pada satu ketika nanti dengan teknologi yang ada dengan penyelidikan yang dibuat, lebih banyak ciptaan-ciptaan sampingan yang boleh dicipta oleh IWK", katanya semasa berucap di Majlis Sambutan Ulangtahun IWK Yang ke-30, di ibu negara.

Bagi mencapai kejayaan itu, IWK juga disaran agar memperkukuh semangat berpasukannya.

Bersempena dengan ulangtahun IWK ke-30, beliau turut memberitahu, IWK telah berjaya mengurus dan menyelenggara air sisa kumbahan melalui kaedah inovatif, dan memacu ekonomi kitaran yang menyumbang kepada kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.

ROSLINA BINTI DIN